Rawatan Gigi Yang Mesra, Efektif & Terbaik untuk Anda Sekeluarga

Membina senyuman yakin dan sihat dalam suasana yang tenang dan mesra untuk anda & keluarga.

KLINIK TERBAIK ANDA DI KLINIK PERGIGIAN DR HAKIM ASMUNI, NILAI

Menggunakan teknik terbaru dengan teliti untuk memulihkan gigi yang kuat, kualiti dan tahan lama.

Rawatan Lengkap & Berkesan

Menawarkan semua jenis rawatan gigi untuk setiap masalah gigi anda dan memastikan hasil yang tahan lama dan berkesan.

Mudah Diakses & Interior Selesa & Tenang

Lokasi yang mudah diakses dengan ruang dalaman yang mesra, direka khas untuk keselesaan anda.

Rawatan Yang Tepat

Kami sangat teliti untuk setiap prosedur—menerangkan dulu sbeblum rawatan—untuk memastikan anda menerima rawatan yang tepat, dan tanpa tekanan.

Harga Berpatutan

Rawatan berkualiti pada harga yang berpatutan, menjadikan rawatan pergigian terbaik dapat diakses oleh anda dan keluarga.

Rawatan Pergigian Umum

scaling & polishing

Menanggalkan kotoran dan plak untuk gigi yang lebih bersih.

Tampal Gigi

Memulihkan gigi yang rosak dengan bahan yang kuat dan tahan lama.

Rawatan Akar Gigi

Menyelamatkan gigi yang dijangkiti dengan penjagaan yang lembut dan tepat.

crown & bridge

Membina semula gigi yang rosak atau hilang dengan cara yang semula jadi.

Cabut Gigi dan Pembedahan Mulut

Pembuangan gigi yang bermasalah atau sakit dengan selamat.

gigi palsu

Penyelesaian yang selesa untuk menggantikan gigi yang hilang.

Pergigian Biomimetik dan Estetik

Tampal Gigi, Nampak Natural

Tampal gigi berwarna natural sepeti gigi semulajadi.

Whitening Gigi

Senyuman lebih cerah dengan whitening yang selamat dan berkesan.

Braces

Membetulkan kedudukan gigi untuk fungsi yang lebih baik dan keyakinan diri.

Veneer Gigi

Tingkatkan senyuman anda dengan veneer gigi yang direka khas.

Sejarah Dr Hakim Asmuni Dental Clinic

Klinik Pergigian Dr Hakim Asmuni lahir daripada semangat untuk rawatan gigi yang berkualiti tinggi dan keinginan untuk mewujudkan klinik yang mengutamakan pesakit. Setelah menamatkan pengajian di Fakulti Pergigian Universiti Alexandria, Mesir, Dr. Hakim menghabiskan beberapa tahun bekerja di klinik-klinik lain dan beliau melihat fokus kebanyakan mereka adalah jualan berbanding kualiti rawatan kepada pesakit.

Berazam untuk membuat perubahan, Dr. Hakim memutuskan untuk membuka kliniknya sendiri di Nilai dengan kepercayaan bahawa rawatan pergigian berkualiti harus sentiasa didahulukan berbanding angka duit. Hari-hari awal adalah mencabar, kerana beliau berhadapan dengan persaingan sengit dari klinik-klinik yang telah lama beroperasi di kawasan tersebut. Namun, dari masa ke masa, berita mula tersebar mulut ke mulut apabila semakin ramai pesakit, termasuk dari klinik-klinik lain, mencari rawatan yang berkualiti tinggi daripada Dr. Hakim. Hari ini, Klinik Pergigian Dr Hakim Asmuni berbangga menjadi pilihan yang dipercayai bagi sesiapa yang mencari rawatan braces gigi atau rawatan kosmetik seperti veneer. Kami sentiasa memberikan hasil yang luar biasa serta pengalaman yang mesra dan selesa untuk anda.

Misi

Misi kami adalah untuk menyediakan rawatan gigi berkualiti tinggi yang disesuaikan dengan keperluan pesakit, dengan fokus pada keselesaan, kepercayaan, dan hasil yang berkekalan.Tumpuan utama kami adalah braces gigi, rawatan kosmetik seperti veneer, dan tampal gigi yang nampak semula jadi. Semua ini melalui procedur rawatan yang tenang.

Visi

Visi kami adalah menjadi klinik pergigian terkemuka di kawasan Nilai, yang dikenali kerana menggabungkan teknologi terkini dengan pengalaman yang santai dan mesra. Kami adalah klinik pilihan utama anda, untuk mendapatkan hasil pergigian yang kekal lama dan kuat.

Keselesaan Seperti Di Rumah

Hi, Saya Dr. Hakim Syazwan

Seorang doktor gigi dengan pengalaman hampir sedekad, graduan dari Fakulti Pergigian Universiti Alexandria, Mesir. Bagi saya, rawatan gigi sepatutnya tenang dan selesa dan saya percaya dengan pendekatan rawatan gigi yang tenang, mengambil masa untuk melakukan segala-galanya dengan tepat, tanpa tergesa-gesa.

Fokus saya adalah kepada braces gigi dan tampal gigi semula jadi, dan saya telah membantu ratusan pesakit merasa lebih yakin dengan senyuman mereka. Beri saya kepercayaan anda dan saya pasti akan memberikan rawatan gigi terbaik dan efektif.

Review 5 Bintang dan Kegembiraan Mereka

Dapatkan Rawatan Gigi Anda

Dah Sedia untuk Senyuman yang Lebih Sihat dan Yakin?

Whatsapp kami hari ini dan dapatkan rawatan gigi yang lembut dan disesuaikan untuk anda dan keluarga.